Rantai tangan istimewa

MENCIPTA gaya feminin terbaru, jenama barangan kemas terkemuka, Pandora menyediakan kombinasi gaya tersendiri kepada penggemarnya dalam apa jua majlis dihadiri.

Koleksi rekaan rantai tangan ini diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi serta diserikan dengan kepelbagaian bentuk charm yang mampu menceritakan nilai tersendiri menerusi pemakaian rantai tangan istimewa itu.

Konsep yang diketengahkan pasti memikat hati wanita moden yang sentiasa menginginkan kelainan dalam setiap penampilan. Kombinasi charm yang pelbagai ini juga boleh disuai padan mengikut tema.

Menurut Pengarah Urusan Pandora Malaysia, Datin Zarida Noordin, setiap wanita memiliki personaliti mereka yang tersendiri dan setiap aksesori digayakan ingin menampakkan kelebihan diri yang disampaikan secara halus, unik dan menarik.

Sempena sambutan perayaan kali ini, Pandora mengetengahkan tema Raya Sukar Dilupakan yang memberi peluang mendapatkan koleksi rantai tangan charm terkini.

Terdapat 700 pilihan daripada koleksi Moments pada harga bermula RM100. Butik Pandora boleh dikunjungi di Bangsar Village II, Empire Shopping Gallery, Subang; 1 Mont’ Kiara dan Tropicana City Mall di Lembah Klang; Gurney Plaza, Pulau Pinang; Setia City Mall, Shah Alam; Paradigm Mall, Kelana Jaya; Pavilion Kuala Lumpur, Suria KLCC, Tangs 1 Utama serta di ruang pameran Habib Ampang Point. -mymetro



, , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This entry was posted on August 11, 2012 and is filed under Barang Kemas. Written by: . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.