Choose your language:
English Malaysia
Currencies:

  Specials

  Search

  Contact Us

  Create an account

  Customer Login


Shoping Cart
now in your cart
0 items
Fascinating Tumpat
About Tumpat - Culture, Delight, Craft, Art
Places Of Interest in Tumpat
Historical Places in Tumpat
Shopping Cart
 Activated Charcoal



 Batik



 Culture Art



 Food



 Silver Craft



 Songket



 Tudung

Portal Kerajaan Negeri Kelantan
Layari Portal Kerajaan Negeri Kelantan
 
Air Asia
Tempah tiket ke Tumpat/Kelantan melalui AirAsia
 
Sampugita Holidays Sdn Bhd
Book your holiday to Tumpat with Sampugita Holidays
 
Historical Places

Istana Bukit Tanah
Istana Bukit Tanah merupakan salah satu istana yang terdapat di Negeri Kelantan dan merupakan satu-satunya istana yang terdapat di dalam Jajahan Tumpat. Difahamkan istana ini dibina sebelum zaman pemerintahan Jepun lagi iaitu sekitar tahun 1910 iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Muhammad ke-4. Pada amnya tapak istana ini agak rendah dan dipercayai telah ditimbun dengan tanah supaya kelihatan lebih tinggi. Pemandangkan kedudukan yang tinggi seolah-olah sebuah bukit, maka istana ini telah terkenal dengan jolokan Istana Bukit Tanah. Keluasan tapak istana ini hampir mencecah 3 ekar dan kawasannya dikelilingi oleh pokok-pokok besar yang mana ada di antara pokok-pokok tersebut telah mencecah usia lebih dari 30 tahun. Dahulunya Istana Bukit Tanah terkenal dengan kewujudan sebatang pokok iaitu Pokok Kelumpang. Pokok ini dikatakan tersangat tinggi sehingga boleh dilihat dari pesisiran pantai Laut Cina Selatan. Walau bagaimanapun, pokok ini telah tumbang dimakan usia. Istana Bukit Tanah ini dijadikan istana persinggahan sejak dari zaman pemerintahan Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Muhammad ke-4 sehinggalah ke pemerintahan sekarang.

Istana Bukit Tanah


Bangunan Majlis Daerah
Bangunan ini dibina pada tahun 1927 dan merupakan rumah kediaman Dato’ Kaya Budi yang merupakan seorang hartawan di Jajahan Tumpat. Kediaman ini juga digunakan sebagai tempat penginapan diraja jika terdapat lawatan diraja ke Jajahan Tumpat


Kelab Kasino
Merupakan sebuah tempat kasino (perjudian) yang dimiliki oleh Ong Teng Kee yang berketurunan Cina. Bangunan ini dibina sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan iaitu pada tahun 1921, namun struktur binaannya masih lagi utuh dan teguh di hadapan bangunan Majlis Daerah Tumpat


Suluk Tok Selehor
Merupakan tempat beribadah atau pertapaan seorang Wali yang digelar Tok Selehor atau nama sebenarnya Abd. Rahman bin Othman. Lokasi perletakannya adalah di Tanah Perkuburan Kok Pasir yang dibuat seperti lubang kubur dimana saiznya hampir sama dengan kubur yang dibina untuk beribadat kepada Allah S.W.T Pondok ini didirikan pada penghujung abad ke 19. Beliau juga telah mendirikan sebuah madrasah untuk mengajar murid-muridnya. Tok Selehor seorang yang zuhud dan warak, beliau bimbang hatinya menjadi angkuh dan riak. Oleh itu, beliau membuat suatu lubang khas di antara perkuburan Kampung Selehor (berhampiran madrasah) untuk tempat "SULUK" agar beliau sentiasa ingatkan mati. Tempat tersebut masih kekal hingga ke hari ini Kini madrasah yang pernah beliau jadikan tempat mengajar ini telah dinaikkan taraf menjadi masjid dan kini dikenali dengan nama Masjid Tok Selehor


Makam Tok Janggut
Tok Janggut @ Haji Mat Hassan bin Munas dilahirkan pada tahun 1853, seorang pahlawan melayu yang menentang campurtangan British di Negeri Kelantan pada tahun 1909. Pertempuran pada 24 Mei 1915, Tok Janggut terbunuh dan jenazah beliau dibawa dan dikebumikan berhampiran Sungai Kelantan yang kini dikenali sebagai Kampung Tok Janggut, Pasir Pekan Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan pemimpin tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala RM 1.00 seorang setahun, pokok buah-buahan 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung Kekacauan timbul di Jeram, Pasir Puteh pada 29 April 1915 dikenali dengan "musuh Tok Janggut". Engku Besar tidak lagi berkuasa kerana diambilalih oleh Pegawai Jajahan yang dilantik oleh British. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Encik Latiff, Pegawai Jajahan yang baru adalah "orang luar" menjalankan tugasnya dengan tegas khususnya di dalam hal kutipan cukai Engku Besar membuat perundingan dengan Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut), Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, di mana keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Kerajaan British dicapai. Tok Janggut bersama-sama rakan-rakannya mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, satu pasukan polis diketuai oleh Sarjan Che Wan bertolak ke Kampung Tok Akib dan menemui Tok janggut. Pergaduhan kecil berlaku di mana Sarjan Che Wan telah terbunuh. Arahan menangkap Tok Janggut dibuat oleh Encik Latiff. Tok Janggut kemudiannya menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri ke Kota Bharu Perintah menangkap Tok Janggut dikeluarkan. Bantuan tentera dari Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu tiba, dan pada 6 Mei 1915 berlepas ke Pasir Puteh, Toas Tok Janggut dilancarkan pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. Di Kampung Pupuhlah Tok Janggut terbunuh dan mayatnya di bawa ke Kota Bharu. Setelah digantung beberapa hari, di Padang Bank (Padang Merdeka) mayatnya dikebumikan di Pasir Pekan .


Masjid Kampung Laut
Merupakan sebuah masjid yang unik dan menarik dari segi pembinaannya. Keistimewaan masjid ini adalah struktur binaannya diperbuat daripada kayu dan tidak menggunakan paku dimana ianya hanya dipasak.Bangunannya masih lagi kekal dan utuh untuk digunakan sebagai tempat beribadat. Kini Masjid ini terletak di Nilam Puri dimana ianya telah dipindahkan pada tahun 1965 dari tapak asal kerana didapati tapak asalnya telah berada didalam Sungai Kelantan. Masjid Kampung Laut merupakan sebuah masjid tertua yang masih wujud di Kelantan dan di antara yang tertua di Nusantara. Masjid ini dikatakan dibina dalam abad yang ke-18 oleh pengembang Islam yang berulang-alik antara Champa dan Jawa dengan bantuan penduduk tempatan. Tapak asal masjid ini terletak di Kampung Laut, Tumpat di pinggir Sungai Kelantan Sehingga 1966, masjid ini digunakan sebagai tempat beribadat yang utama oleh penduduk di sekitar Kampung Laut. Akan tetapi masjid ini rosak akibat banjir yang melanda Negeri Kelantan pada penghujung tahun 1966 dan awal tahun 1967. Kerajaan Negeri telah menutup masjid tersebut dan membina sebuah masjid yang baru di tempat yang lebih selamat. Pada November 1967, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia di Muzium Negara telah merombak bangunan Masjid Kampung Laut dan membina semula di tapak barunya di Nilam Puri mengikut bentuk yang asalnya serta menggunakan semua bahan yang lama seberapa yang boleh. Walau bagaimana pun, hanya sebahagian ruang utama masjid sahaja yang dapat didirikan semula Menyedari keadaan ini satu jawatankuasa Pengelola Masjid telah dibentuk untuk membaikpulih, mengelola, menjaga dan memelihara masjid lama itu supaya rekabentuk dan binaan asalnya dapat dikekalkan .


Sungai Raja Gali Pasir Pekan
Generasi hari ini mungkin tidak mengenali sejarah Sungai Raja Gali yang mempunyai banyak keistimewaannya. Sungai ini digali oleh penduduk kampUng semasa zaman Tok Janggut menentang penjajah pada tahun 1915. Sungai ini digali bertujuan untuk bertindak sebagai penahan/ benteng air Sungai Kelantan daripada memasuki kawasan kampung/daratan pada musim banjir/tengkujuh.


Jambatan Bijih Jubakar Pantai
Jambatan bijih besi terletak berhampiran pantai di Kampung Jubakar dalam Jajahan Tumpat, Kelantan. Jambatan ini dibina oleh pihak British sejak zaman sebelum perang. Tujuannya adalah bagi memudahkan kerja-kerja pemunggahan bijih besi dari darat ke kapal pengangkut Bijih besi ini diusahakan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu "Oriental Mining Co.", di kawasan Bukit Besi, Temangan, Kelantan. Di sini bijih besi diangkut dengan menggunakan keretapi ke Pelabuhan Tumpat. Bijih besi tersebut akan dimasukkan ke dalam satu bekas khas di mana ianya akan diangkut pula ke kapal melalui jeti yang dibina . Dari kapal kecil ini, bijih besi tersebut akan dibawa ke kapal induk untuk dieksport ke negara Jepun Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945) pengeluaran bijih besi terus dilakukan oleh pemerintah tentera Jepun dan lombong di suatu kawasan yang sekarang ini terdirinya Sekolah Kebangsaan Temangan Selepas Peperangan Dunia Kedua, pengeluaran bijih besi masih diteruskan dilakukan oleh syarikat yang sama tetapi kini ianya di bawah pengawasan pemerintah British. Pengeluarannya berterusan sehingga tahun 1965 di mana operasinya dihentikan kerana bekalan bijih yang ada semakin berkurangan Sejak itu, Jambatan Bijih ini telah tidak berfungsi lagi dan dibiarkan tidak terurus. Kini yang tinggal hanyalah kesan runtuhan yang menjadi bukti sejarah.


Kubu British (1942)
Terletak berhampiran dengan Sungai Buaya (Pengkalan Nangka). Kubu ini antara kesan peninggalan penjajah ke atas Tanah Melayu. Dibina pada tahun 1942 semasa peperangan dengan tentera Nippon.


Keretapi Tanah Melayu
Stesen ini dibina pada tahun 1948 dan merupakan stesen terakhir/ penamat di pantai timur. Mempunyai 80 orang pekerja dan terdapat depoh tempat membaiki enjin keretapi. Sebelum ini stesen ini hanya membawa barang-barang pedagang dari Pantai Barat dan penumpang dari Palekbang.


Rumah Api Isyarat
Bandar Tumpat dahulunya sebuah bandar pelabuhan yang masyhur di sekitar tahun 1900. Pihak berkuasa pelabuhan (Syahbandar) telah mendirikan rumah api di kawasan-kawasan yang strategik bagi kemudahan para pedagang atau pelayar keluar masuk ke pelabuhan khususnya di waktu malam Salah satu rumah api yang terawal yang dapat dikenalpasti ialah rumah api yang dibina ditepi pantai bersebelahan dengan jeti. Walau bagaimanapun, rumah api tersebut telah tiada lagi dan tempat tersebut kini dikenali dengan nama Padang Mahkota berdekatan dengan kawasan rumah Ketua Jajahan Tumpat Rumah api ini di bina dengan kayu setinggi lebih kurang 30 kaki bentuknya empat persegi dan meruncing ke atas. Di bahagian atasnya di buat perlantaian bagi menempatkan lampu Satu lagi rumah api yang di temui ialah yang kini terletak dalam kawasan stor K.T.M. Rumah api ini dibina daripada batu-bata, berbentuk bulat dan tirus ke atas. Ukuran lilit bahagian bawahnya 37’ 9" dan tingginya 70 kaki. Tangga dibina di bahagian dalam rumah api ini bagi membolehkan seseorang naik ke atas untuk memasang dan memadam lampu Mengikut cerita lisan penduduk tempatan, rumah api ini dibina sebelum Perang Dunia ke-2 oleh pasukan marine bagi mengawasi perairan Tumpat Semasa Peperangan Dunia Kedua (1941-1945) negeri Kelantan yang di bawah pentadbiran tentera Jepun telah menggunakan rumah api ini untuk mengawasi kawasan perairan dari ancaman musuh dan memudahkan kapal-kapal tenteranya membuat rondaan di laut Kini dengan kemajuan teknologi yang canggih dalam bidang pelayaran, rumah api tidak lagi digunakan. Ia hanya tinggal menjadi bahan sejarah untuk tontonan umum kini dan akan datang


Pondok Agama Berangan
Merupakan pondok pembelajaran agama yang ditubuhkan dalam lingkungan tahun 1970 oleh seorang Ulama’. Lokasi pondok ini dibina di Kampung Berangan Pondok (Berangan). Keistimewaan pondok ini membolehkan seseorang menambahkan ilmu keagamaan secara mendalam dan fleksibel untuk dimesejkan kepada generasi yang akan datang.


Pondok Agama Talak
Pengasasnya adalah Haji Ali yang berasal dari Kg. Talak. Beliau juga bertindak sebagai guru agama di Pondok Agama tersebut. Tujuan beliau menubuhkan pondok ini adalah untuk menyebarkan ilmu Islamiah yang dipelajarinya kepada generasi kini disamping membentuk sahsiah jati diri Islam yang sebenar


Tugu Pendaratan Vietnam
Vietnam mula mendarat pada tahun 1950 di Pantai Sri Tujoh. Tugu ini dibina pada tahun 1987 bersempena untuk memperingati pendaratan pelarian Vietnam ke Malaysia. Terletak didalam kawasan Pantai Sri Tujoh dan merupakan salah satu daripada peninggalan sejarah.


Wakaf King George V
Wakaf King terletak di Jalan Palekbang - Berangan , berhampiran Jambatan dan Gok Batu-bata. Menurut penduduk setempat Wakaf ini dibina oleh Sami Buddha yang berulang alik dari Tumpat ke Aril Bachok. Setiap kali melalui jalan ini, sami-sami mereka membawa beberapa ketul batu dan pasir untuk dikumpul dan dijadikan sebuah wakaf tempat berehat sebelum meneruskan perjalanan. Memandangkan ketika itu 1910 - 1935 tiada kemudahan kenderaan untuk memunggah peralatan pembinaan mereka bina secara beransur-ansur sehingga memakan masa 25 tahun untuk disiapkan. Beberapa keistimewaan bentuk binaan dan penggunaan peralatan iaitu Cerucuk yang digunakan diperbuat daripada nibung tidak daripada besi dan paku yang digunakan adalah sejenis paku tahan karat yang kekal sehingga ke hari ini. Beberapa tahun yang lalu, Wakaf King ini hampir roboh dan penduduk setempat mengambil daya sendiri dengan membaiki Wakaf ini sepertimana yang boleh dilihat pada hari ini.

Wakaf King George V

Copyright © 2009 tumpat.com • Developed & Hosted by ejoeSolutions