Choose your language:
English Malaysia
Currencies:

  Specials

  Search

  Contact Us

  Create an account

  Customer Login


Shoping Cart
now in your cart
0 items
Fascinating Tumpat
About Tumpat - Culture, Delight, Craft, Art
Places Of Interest in Tumpat
Historical Places in Tumpat
Shopping Cart
 Activated Charcoal



 Batik



 Culture Art



 Food



 Silver Craft



 Songket



 Tudung

Portal Kerajaan Negeri Kelantan
Layari Portal Kerajaan Negeri Kelantan
 
Air Asia
Tempah tiket ke Tumpat/Kelantan melalui AirAsia
 
Sampugita Holidays Sdn Bhd
Book your holiday to Tumpat with Sampugita Holidays
 
Places Of Interest

Pantai Sri Tujuh
Pantai Sri Tujuh yang asalnya terbentuk daripada tujuh teluk/lagun. Pesisir pantai yang cantik dan tenang ini sangat sesuai untuk kawasan rekreasi keluarga, rombongan dan tempat kursus. Pantai Sri Tujuh merupakan tempat yang berlangsungnya Pesta wau antarabangsa. Ia dibangunkan oleh pihak Majlis Daerah Tumpat dengan prasarana dan kemudahan seperti Chalet, Asrama, Taman Permainan, tandas awam, kedai makan, restoran, dewan serbaguna dan masjid. Pantai ini berada berhampiran dengan sempadan Thailand dan Kelantan di Kampung Tujuh yang teletak di Tumpat, kira-kira 20 km daripada Kota Bharu. Untuk ke sana pengunjung bolehlah menaiki bas yang bernombor 43 daripada terminal utama. Sepanjang perjalanan para pengunjung dapat melihat pemandangan yang menarik.


Pantai Suri
Perjalanan untuk ke pantai ini memakan masa selama setengah jam dari jeti Kok Majid. Kemudahan perhubungan ke pantai ini hanya melalui jalan air sahaja iaitu dengan menaiki bot atau perahu. Untuk sampai ke pantai ini ia perlu melalui beberapa buah pulau seperti Pulau Teluk Rejuna, Pulau Beluru dan beberapa pulau lagi.


Pantai Geting
According to old inhabitants, Tumpat came into existence about a hundred and ninety years ago. Owing to the lack of roads and rail communications then, goods brought in by trading vessels were transported up the Kelantan River to Kota Bharu and beyond. Goods for export were conveyed to Tumpat by the same boats. The port became so busy that in the early 20th century the British authorities carried out improvements to enable larger vessels to use it. Before that, only vessels between 300 to 400 tons could come in, but with dredging and other improvements ships up to 700 tons could call before going on to Singapore. The first harbour-master was the late William Kerr, who came from Bangkok and he was appointed by the late Sultan Mahmud IV in 1926. His portrait hanged on the wall of the Tumpat Club. Tumpat has five small islands; Tanjong Dato, Tanjong Pak Jah, Tanjong Che Mas, Tanjong Che Tahir and Tanjong Rulah which are situated at the mouth of the Kelantan River. They were so closely situated that through constant silting Tanjong Dato became part of the mainland. The port has silted up in the present and only small shallow boats can be seen in the sand-filled harbour.


Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubur
Telah diwartakan sebagai kawasan bebas cukai dan merupakan kawasan membeli belah yang terbesar di daerah Tumpat. Kawasan bebas cukai ini bersempadanan dengan Kuala Tak Bai iaitu kawasan sempadan dengan Thailand. Bersebelahan dengan kawasan bebas cukai dan pejabat kastam.


Patung Buddha Tidur
Tidak ramai yang mengetahui bahawa Kelantan terdapat sebuah kuil Buddha yang mengagumkan seluruh penganut Buddha terutamanya di Malaysia. Kuil ini dikenali dengan nama Wat Phothirihan yang terletak di Kampung Jambu, Tumpat. Patung tidur ini panjangnya 40 meter dari kepala ke kaki, 11 meter tinggi dan 9 meter lebar. Dibina dalam tahun 1973, juga sebuah bumbung didirikan diatasnya untuk mengelakkan dari terkena perubahan cuaca.


Patung Buddha Duduk
Terbesar di asia tenggara dibuka di kelantan semenjak 2001. Sekumpulan Sami berpakaian serba oren dengan memegang dua lilin besar di tangan mengadakan upacara perasmian patung Buddha duduk bersila dalam keadaan bertafakur di Kuil Wat Machimmaram, di Tumpat, sebuah Bandar di Kelantan. Perayaan tersebut berlangsung selama seminggu. Pada 16 hb Sept. adalah acara kemuncaknya bila mana patung Buddha berwarna coklat kelabu yang mempunyai bibir dari emas tulin itu, akan menerima titisan air mata gergasi berbentuk hati. Beratus etnik China yang mewakili kurang dari 5 peratus keseluruhan penduduk Kelantan yang berjumlah 1.4 juta, membakar colok dan meletakkan kepingan-kepingan emas nipis ke atas titisan berbentuk hati tersebut. Perlakuan ini sebagai symbol kepada kekayaan dan menolak perasaan tamak dan perasaan permusuhan. Dianggarkan 100,000 penganut-penganut Buddha dari Thailand, Singapura dan Sri Lanka, termasuk 500 sami-sami akan menyertai upacara yang diketuai oleh Timbalan Ketua Sami, Somdel Praphut Thachan. Patung Buddha ini yang setinggi 10 tingkat bangunan, mengambil masa selama 10 tahun untuk disiapkan dan menelan belanja RM4 juta. Ia dikelilingi pelbagai patung kepercayaan orang China yang bertiang hiasan naga dengan ukiran halus.


Patung Buddha Kuan Imm Phorsat Kolan
Dibina pada 13 Mac 1987. Patung Buddha ini dinamakan Kuan Im Phorshat Kolan yang terletak di Kok Seraya, Tumpat. Telah dibuka dengan rasminya oleh YB. Dato’ Kor Fook Heng D.J.M.K.J.P.


Patung Berdiri
Merupakan salah satu patung besar di daerah Tumpat. Patung ini terletak di Kampung Terbak, lebih kurang 1 km dari Bandar Tumpat.

Copyright © 2009 tumpat.com • Developed & Hosted by ejoeSolutions